Malah lebih selesa untuk bergerak
dengan Teras ThinDRY

Melihat si manja anda berjalan terkedek-kedek di dalam lampin yang membonjol mungkin nampak comel, tetapi tidak semestinya selesa bagi si manja. Bayangkan jika anda terpaksa membawa bersama anda semua berat ekstra tersebut. Adalah penting agar si manja bergerak bebas memandangkan para saintis dan pendidik telah menemui hubungan aktiviti fizikal dengan perkembangan otak serta juga perkembangan kemahiran motor. Drypers Wee Wee Dry dengan teras ThinDRY™ direka agar pergerakan si manja anda mudah dan selesa.

Teras ThinDRY™ Lampin ini bukan sahaja kurang tebal, tetapi teras nipisnya menyerap dan membendung air kencing dengan berkesan. Dan anda tahu ianya akan memberi lebih keselesaan untuk si manja anda bergerak. Menyimpannya juga adalah mudah kerana ia mengambil ruang yang lebih kecil.


Pelapik Pinggang Berelastik Ini membolehkan lampin mendakap pinggang si manja dengan selesa untuk mengelakkannya daripada terlondeh. Ia juga mempunyai 5 pelapik berelastik (satu di pinggang dan dua di setiap bahagian peha) untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada si manja anda bergerak, merangkak, berjalan, memanjat atau menari.

Flexi-Tape™ Ini memudahkan anda untuk membuka dan mengetatkan lampin berulang kali tanpa lampin kehilangan bentuknya. Tak kiralah samada si manja anda sedang berdiri atau berbaring, anda boleh melaraskan lampin dengan mudah agar ianya muat elok.


Lapisan Berliang Udara 100% Selembut Kain Kami memilih bahan lampin dengan berhati-hati supaya sesuai dengan cuaca panas lembap kita. Bahan ini memberikan pengalihudaraan yang baik untuk kulit si manja agar si manja anda nyaman dan segar sentiasa.


Pelindung Tahan Bocor Kebocoran boleh menjadi sangat tidak menyelesakan kerana ianya boleh merengsa kulit si manja anda. Kami mengambil langkah ekstra dengan mereka pelindung tahan bocor di dalam lampin agar ianya mendakap peha si manja anda dengan lembut untuk mencegah kebocoran.

Drypers WEE WEE DRY untuk si manja baharu lahir

Untuk kulit bersih & sihat.


Lampin Drypers Wee Wee Dry saiz Newborn mempunyai ciri khas untuk memenuhi keperluan bayi baharu lahir yang memerlukan penjagaan ekstra khusus.

Soft Absorb Layer™
Najis si manja baharu lahir biasanya lebih bersifat cecair pada beberapa bulan pertama. Ciri ini membantu menyerap dan membendung najis jauh daripada kulit si manja agar kulit bersih dan sihat sentiasa.

Teras Penyerapan Lembut
Penyerapan berkesan yang membendung air kencing ke dalam lampin untuk kekeringan berpanjangan dan membantu mencegah ruam dan rengsa lampin.

Keratan Lengkungan Khas
Tidak seperti lampin lain untuk bayi yang lebih berusia, anda akan dapati bahawa lampin ini mempunyai potongan khas untuk penjagaan pusat. Ia mengurangkan tekanan akibat geseran lampin pada puntung tali pusat ketika pusat sedang sembuh. Ia juga membolehkan peredaran udara yang baik di kawasan pusat agar kering sentiasa.

Drypers Wee Wee Dry
dengan Teras ThinDRY™ menawarkan
penyerapan yang sama.



Dengar apa yang dikatakan oleh sesetengah ibubapa:

“Pek gantian Drypers Wee Wee Dry yang baharu mungkin nipis untuk sesetengah orang tapi bagi saya,(anak saya) lebih selesa walaupun (lampin) nipis (dan lampin) ia tetap dapat menyerap dengan banyak”


Puan Nordiyana Binti Yaacob
ibu kepada 2 orang anak,
Puchong, Selangor

“Pada awalnya, saya tidak berpuas hati dengan keluaran Drypers Wee Wee Dry baharu kerana (ianya) terlalu nipis. Tetapi setelah mencubanya, saya dapati Drypers Wee Wee Dry baharu ini dapat (memberikan) penyerapan yang maksimum dan sekata”


Puan Philimal Normelissa Ani
ibu kepada 3 orang anak,
Temerloh, Pahang

“Versi terbaru Drypers Wee Wee Dry bertambah baik dari sebelum ini terutama dari segi kualitinya. Ia boleh menyerap lebih banyak air kencing dan kulit anak saya sentiasa kering”


Mrs Ng Bui Ching
ibu kepada seorang anak,
Johor

“Kualitinya telah dipertingkatkan dan kini lebih baik. Terima kasih kerana mendengar maklum balas kami.”


Ms. Revathi Subramaniam
ibu kepada seorang anak,
Johor


Kepentingan Pergerakan

Merayap dan merangkak dengan bebas merangsang perkembangan
Sejak daripada lahir lagi, si manja perlu diberi peluang untuk bergerak bebas. Para saintis dan pendidik telah menemui bahawa aktiviti fizikal di dalam diri kanak-kanak membantu mencipta sambungan antara sel saraf dan otak. Ketika sambungan ini terbentuk, kemahiran motor kasar dan halus serta daya tumpuan kanak-kanak akan dipertingkatkan. Ini adalah penting untuk memaksimumkan potensi kebolehan si manja belajar dan berkembang di masa hadapan. Si manja anda perlu menggerakkan anggota badan dengan selesa dan setiap peluang perlu diberikan kepadanya. Tentunya anda bersetuju bahawa lampin yang lebih nipis akan memberikan lebih keselesaan kepada si manja anda untuk bergerak dan meneroka?

Rekaan Menarik

‘Beruang dan rakan-rakan bermain sorok-sorok’
Reka dan lakonkan cerita anda sendiri, si manja anda pastinya sukakan rekaan menarik ‘Beruang dan rakan-rakan bermain sorok-sorok’

Tempat terbaik di Malaysia untuk maklumat terkini bagi ibu bapa. Sertai sekarang Percuma!

Semakin ramai ibu bapa menikmati nilai hebat menjadi ahli Drypers Baby Club. Terdapat begitu banyak manfaat yang disediakan – nasihat, petua dan maklumat yang berkaitan dengan perjalanan keibubapaan anda, serta pelbagai hadiah bermakna menanti anda di Point Shop kami. Jadilah ahli hari ini.

Begini caranya untuk anda menikmatinya:

Hadiah Aluan*

Permulaan hebat untuk memulakan perjalanan keibubapaan bersama Drypers.

E-mel Peribadi

Dapatkan maklumat pakar tepat pada masanya, tip dan nasihat untuk si
manja anda, bersumberkan pengalaman mengikuti beratus ribu kelahiran.

Drypers Point Shop

Himpun Mata Ganjaran Drypers untuk mendaftar pek lampin dan menukarnya dengan hadiah bermakna yang dipilih khas, berdasarkan prinsip perkembangan menerusi permainan.

Sampel Produk

Sampel produk percuma akan dihantar terus ke pintu anda.

Panduan Saiz Drypers

Aplikasi web percuma yang membantu anda memilih lampin sempurna untuk si manja anda.

Forum Drypers

Tempat yang hebat untuk bertemu dan berkongsi pengalaman bersama ibu-ibu lain.

Berita Eksklusif & Menarik

Kekal berinformasi dan jadilah yang pertama mengetahui tentang pelancaran, aktiviti dan promosi.