Lampin dengan kelembutan dan penyerapan
premium untuk keselesaan unggul si manja anda

Apabila ianya berkenaan si manja, kami sentiasa berhati-hati menjaga mereka dengan penuh kelembutan. Apatah lagi ketika kami menyentuh mereka, mendakap mereka dan memelihara mereka. Kami mahu si manja merasa selamat dan selesa semaksimum mungkin. Drypers Touch baharu diilhamkan daripada dasar ini dan menggabungkan Pro Skin Technology canggih bagi menawarkan si manja anda lampin premium yang teramat lembut, penyerapan dan pengalihudaraan terunngul bagi menjaga kulit si manja anda agar kering dan selesa semaksimum mungkin.

Drypers Touch, lampin premium dengan kelembutan, penyerapan dan pengalihudaraan terunggul

Petua Penjagaan Pusat

  • Biarkan puntung tali pusat tanggal dengan sendirinya
  • Kekalkan bahagian pusat agar bersih dan kering sentiasa
  • Dedahkan kepada udara sekerap yang mungkin
  • Jika cuaca mengizinkan, pakai baju-t bayi yang longgar dan lampin Drypers Touch Newborn untuk membolehkan peredaran udara
  • Mandian menggunakan span adalah lebih praktikal berbanding mandian tab semasa proses penyembuhan
  • Teras Penyerapan Sangat Kering
    Penyerapan daya tinggi untuk kekeringan yang hebat
    - Menyahkan lembapan agar si manja merasa sangat selesa.

  • Rekaan Cegah Geseran Pusat
    (untuk saiz NB sahaja)
    Mengurangkan tekanan geseran lampin pada puntung tali pusat.
    - Melindungi pusat si manja ketika proses penyembuhan

  • Lapisan Atas Bercetak Timbul Sangat Lembut
    Menyerap dan mengagihkan air kencing untuk kekeringan yang lebih lama. Bagi lampin saiz NB, ia juga membendung najis (selalunya bersifat cecair pada beberapa bulan pertama) daripada kulit si manja.
    - Melindungi kulit halus si manja daripada iritasi dan ruam lampin.

  • Lapisan Belakang Selembut Kapas
    Lapisan luar yang selembut kapas dan telus udara terasa lembut pada tangan anda ketika anda mendukung si manja.
    - Menawarkan pengalihudaraan yang lebih baik agar si manja anda nyaman dan sihat sentiasa.

  • Pelengung Kebocoran Yang Lembut Pada Kulit
    Pelindung anti bocor tidak ditenun, direka untuk memberikan pelindungan ultra efektif yang juga lembut di keliling paha.
    - Tiada geseran pada kulit dan melindungi daripada kebocoran.

  • Jalur Pinggang Boleh Regang
    Jalur pinggang elastik di belakang pinggang untuk pemakaian lampin yang sempurna bagi si manja anda.
    - Pemakaian lampin yang sempurna membolehkan si manja anda bergerak bebas.

  • Sistem Pelekat Lembut
    Zon pelekat lembut dengan pelekatan fleksi yang memberikan keselesaan unggul untuk si manja anda.
    - Lembut dan mudah untuk dilekatkan setiap masa.

Lihat bagaimana Teknologi dan Kasih Sayang digabungkan bagi melahirkan lampin kami yang paling lembut

Pilih saiz yang tepat untuk si manja anda

Tip memilih Lampin Muat Sempurna untuk si manja anda

Berat adalah penunjuk yang baik. Bagaimanapun, anda juga seharusnya mempertimbangkan usia si manja anda (bayi yang lebih besar umurnya membuang air kecil/besar lebih banyak), bentuk badan si manja anda (kurus atau berisi) dan faktor keaktifan pergerakan si manja anda. Jika berat si manja anda muat dalam dua saiz Drypers, kami cadangkan agar anda memilih saiz yang lebih kecil untuk si manja yang kurus dan saiz yang lebih besar, jika si manja anda lebih berisi.

Kongsikan-lah dengan rakan-rakan anda

Adakah anda kenal sesiapa yang bakal melahirkan atau mempunyai bayi baharu? Kongsikan bersama mereka tentang Drypers Touch. Kongsikan tentang kelembutan dan kehandalan penyerapan lampin ini. Kongsikannya di Facebook atau tweet tentangnya.

Tempat terbaik di Malaysia untuk maklumat terkini bagi ibu bapa. Sertai sekarang Percuma!

Semakin ramai ibu bapa menikmati nilai hebat menjadi ahli Drypers Baby Club. Terdapat begitu banyak manfaat yang disediakan – nasihat, petua dan maklumat yang berkaitan dengan perjalanan keibubapaan anda, serta pelbagai hadiah bermakna menanti anda di Point Shop kami. Jadilah ahli hari ini.

Begini caranya untuk anda menikmatinya:

  • Hadiah Aluan*

    Permulaan hebat untuk memulakan perjalanan keibubapaan bersama Drypers.

  • E-mel Peribadi

    Dapatkan maklumat pakar tepat pada masanya, tip dan nasihat untuk si manja anda, bersumberkan pengalaman mengikuti beratus ribu kelahiran.

  • Drypers Point Shop

    Himpun Mata Ganjaran Drypers untuk mendaftar pek lampin dan menukarnya dengan hadiah bermakna yang dipilih khas, berdasarkan prinsip perkembangan menerusi permainan.

  • Sampel Produk

    Sampel produk percuma akan dihantar terus ke pintu anda.

  • Panduan Saiz Drypers

    Aplikasi web percuma yang membantu anda memilih lampin sempurna untuk si manja anda.

  • Forum Drypers

    Tempat yang hebat untuk bertemu dan berkongsi pengalaman bersama ibu-ibu lain.

  • Berita Eksklusif & Menarik

    Kekal berinformasi dan jadilah yang pertama mengetahui tentang pelancaran, aktiviti dan promosi.

  • *Tertakluk pada terma & syarat. Hadiah mungkin pelbagai dan sah sementara stok masih ada.