Cara hebat untuk bakal ibu meraikan kehamilan mereka

Hadiah Utama Suku Tahunan x 1:

Majlis Baby Shower Khas, Pengangkutan Pergi-Balik Rumah ke Lokasi Baby Shower + Hamper Produk Drypers bernilai RM8,000

Hadiah Istimewa Bulanan x 3:

Sesi Fotografi Ibu Mengandung/Bayi oleh Jurufoto Profesional & Hamper Produk Drypers bernilai RM1,500

Semua peserta dan calon akan mendapat

200 Mata Ganjaran Drypers.

Saat bakal menjadi ibu adalah detik terindah di dalam kehidupan yang perlu diraikan. Kami mahu menjadikan ianya penuh makna bagi ahli-ahli kami dengan menguruskan majlis Baby Shower anda. Majlis Baby Shower itu akan diadakan khas untuk anda mengikut tema yang anda suka. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencalonkan diri anda jika anda mengandung, atau calonkan rakan anda dan beritahu kami kenapa anda atau rakan anda layak menerima Majlis Baby Shower ini.

Sila klik pada butang yang berkaitan untuk maklumat lanjut.

Majlis Baby Shower Khas adalah masa untuk menunjukkan keprihatinan anda

Kehamilan adalah pengalaman yang indah, bagaimanapun ada masanya ia boleh menjadi satu tekanan dan sesuatu yang sukar untuk ditangani oleh para ibu yang hamil. Ini adalah disebabkan oleh pertukaran hormon yang menjejaskan emosi sepanjang kehamilan, lalu menyebabkan pelbagai perasaan timbul dan angin si ibu berubah-ubah.

Pada masa seperti ini, adalah idea yang baik untuk menganjurkan Majlis Baby Shower bagi bakal ibu bagi menunjukkan bahawa dia disayangi dan dihargai oleh orang tersayang. Majlis Baby Shower adalah masa di mana ibu yang hamil ‘diraikan’ dengan hadiah, restu dan doa. Di dalam majlis ini ada permainan, keseronokan dan sorakan meriah. Biasanya, ia dianjurkan oleh teman rapat, bagaimanapun ada juga bakal ibu yang menganjurkan majlis ini sendiri.

Anda boleh meraikan ibu hamil dengan pelbagai hadiah. Anda boleh sentiasa merancang bersama rakan-rakan agar tidak ada hadiah yang sama. (Jika anda merupakan ibu hamil, berikan petunjuk hadiah apa yang anda suka, inilah gunanya kawan)

Cadangan Hadiah

Sesi Memanjakan Diri Di Spa
Hadiahkan ibu hamil dengan sesi santai di Spa. Dia pastinya sukakan masa dan ruang tersendiri untuknya.

Pakaian Hamil
Pakaian bergaya dan elegan boleh meningkatkan semangat ibu yang hamil.

Baucar Hadiah Dari Butik Motherhood
Ini merupakan hadiah yang dialu-alu memandangkan si ibu boleh membeli apa saja yang disukainya.

Hadiah Selepas Bersalin
Ini mungkin terdiri daripada beg lampin hinggalah kepada bantal untuk sokongan menyusu badan dan barangan penting seperti lampin bagi bayi yang baharu lahir.

Bunga
Tentulah, bunga juga boleh menyerikan hari si ibu.

Maklumat Lanjut Hadiah

11 orang pemenang akan dipilih setiap suku tahun pada bulan Mac, Jun, September dan Disember 2017.

3 pemenang Hadiah Istimewa Bulanan akan dipilih berdasarkan foto paling menarik yang mempamerkan ikatan antara ibu dan bayi yang dikandung. Pemenang Hadiah Utama Suku Tahunan akan diadili berdasarkan kisah mengandung paling menarik yang dihantar.

HADIAH UTAMA SUKU TAHUNAN x 1:

Majlis Baby Shower Khas, Pengangkutan Pergi-Balik Rumah ke Lokasi Baby Shower + Hamper Produk Drypers bernilai RM8,000

Drypers akan menguruskan segalanya bermula daripada A hinggalah Z. Ini termasuk menjemput ibu mengandung, membawanya ke lokasi majlis dan kemudian menghantarnya pulang dengan selesa bersama pelbagai hadiah. Apa yang perlu bakal ibu lakukan adalah berhias cantik dan bersedia untuk menerima layanan istimewa ketika menikmati detik indah bersama orang tersayang.

HADIAH ISTIMEWA BULANAN x3:

Sesi Fotografi Ibu Mengandung/Bayi oleh Jurufoto Profesional & Hamper Produk Drypers bernilai RM1,500

Hadiah Istimewa juga sangat menarik. Anda boleh memilih untuk mengambil gambar anda yang cantik ketika mengandung atau bayi anda yang bakal lahir oleh jurufoto profesional. Anda juga akan menerima hamper produk yang pastinya dapat digunakan. Amat menarikkan?

Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu menjadi ahli Drypers Baby Club

Bagaimana untuk menyertainya:

  1. Calonkan diri anda atau rakan anda yang sedang dalam trimester ke-2
  2. Hantar gambar anda/rakan anda dengan ikatan bersama bayi yang belum lahir.
  3. Kongsikan bersama kami detik mengandung yang paling diingati

Sila lengkapkan butiran berikut dan hantarkan gambar calon ke SINI

  • Nama Pencalon
  • Alamat E-mel (seperti yang didaftar di Drypers Baby Club)
  • Nombor Telefon Mudah Alih
  • Nama Ibu Yang Dicalonkan
  • Tarikh Jangkaan Bersalin HH/BB/TTTT
  • E-mel Ibu Yang Dicalonkan (seperti yang didaftar di Drypers Baby Club)
  • Nombor Telefon Mudah Alih Ibu Yang Dicalonkan
  • Sila lengkapkan ayat berikut di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. (maks 50 perkataan): Saya rasa saya layak/rakan saya layak untuk menerima tajaan Majlis Baby Shower Khas kerana…

Sila baca Terma & Syarat sebelum menghantar penyertaan anda.

Berikut adalah beberapa
calon bakal ibu

Pemenang bertuah:

Q4

Hadiah Utama

Puan Afzuzilla Mislan, Johor

Special Prize

Puan Nurafiqah Azma binti Azmi, Perak
Puan Nadia Aqilah binti Rahim, Selangor
Puan Nurul Arsyafiza Binti Ahmad Arshad, Selangor
Puan Noor Syahida Binti Md Salleh, Perak
Mrs Loo Shan Yun, Selangor
Puan Faradila Abdullah, Selangor
Puan Nurul Farhana Binti Suhaimi, Selangor
Puan Rashiqah Binti Rashli, Kelantan
Puan Intan Syafika, Johor
Puan Amielia Ab Hamid, Selangor

Peraduan “Early Start to Comfort”

  1. Peraduan “Early Start to Comfort” ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, kecuali kakitangan SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd. (Pihak Penganjur) dan keluarga terdekat mereka, dan/atau syarikat gabungan, pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.
  2. Peraduan “Early Start to Comfort” bermula pada 1hb Januari 2017 hingga 31hb Disember 2017. Pihak penganjur berhak untuk mengubahsuai tempoh peraduan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

Cara Penyertaan

  1. Peserta dikehendaki untuk mendaftar sebagai ahli Drypers Baby Club untuk menyertai peraduan ini: I. Layari laman web Drypers Malaysia dan klik butang peraduan “Early Start to Comfort”. II. Calonkan diri anda atau rakan yang sedang hamil 4 hingga 6 bulan (trimester kedua) dan isikan semua butiran yang diperlukan. III. Muat naik gambar calon berinteraksi dengan bayi dalam kandungan, dan beritahu kami detik kehamilan terindahnya dengan tidak melebihi 50 patah perkataan.
  2. Peserta adalah dibenarkan untuk meyertai peraduan ini dengan menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
  3. Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan sebarang penyertaan yang tidak lengkap ataupun lewat secara automatik.

Kriteria Pemenang-pemenang

  1. Tiga (3) Pemenang Hadiah Istimewa Bulanan dengan gambar terindah akan dipilih oleh pihak Penganjur, dan hadiah berikut akan diberikan kepada pemenang-pemenang: I. Hadiah Istimewa Bulanan x 36: Sesi Fotografi Mengandung atau Bayi bernilai & Hamper Produk Drypers (bernilai RM1,500)
  2. Senarai Pemenang Hadiah Istimewa Bulanan akan diumumkan di ruangan Facebook Drypers Malaysia pada awal bulan berikutnya.
  3. Satu (1) pemenang dengan cerita terindah akan dipilih setiap suku tahun pada bulan Mac, Jun, September dan Disember, dan hadiah berikut akan diberikan kepada pemenang-pemenang: I. Hadiah Utama x 4 : Majlis “Baby Shower”, Pengangkutan Pergi-Balik Rumah Ke Lokasi Baby Shower & Hamper Produk Drypers (jumlah bernilai RM8,000)
  4. Senarai Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan di ruangan Facebook Drypers Malaysia: I. 7hb April 2017 (Jumaat) II. 7hb Julai 2017 (Jumaat) III. 6hb Oktober 2017 (Jumaat) IV. 5hb Januari 2018 (Jumaat)
  5. Semua pemenang Hadiah Istimewa Bulanan dan Hadiah Utama dikehendaki menghantarkan butiran peribadi, termasuk Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Telefon, Alamat E-mel dan Alamat Surat-menyurat kepada Drypers Malaysia melalui “Private Message” dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas pengumuman pemenang.
  6. Pihak Penganjur akan menghubungi pemenang-pemenang hadiah utama melalui telefon secara peribadi dalam 7 hari bekerja.
  7. Semua pemenang hanya layak untuk memenangi dua (2) kali sepanjang tempoh peraduan ini. Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Istimewa Bulanan dan satu (1) Hadiah Utama.
  8. Semua pemenang hadiah istimewa dikehendaki menebus Sesi Fotografi Mengandung atau Bayi semasa: I. Pemenang masih mengandung, atau; II. Bayi pemenang adalah di bawah usia 2 bulan.
  9. Sesi Fotografi Mengandung atau Bayi akan fokus pada ibu mengandung atau bayi yang baru lahir, dan bukan potret keluarga atau interaksi antara ibu/bayi dengan abang/kakak yang lebih besar.
  10. Semua pemenang hadiah istimewa akan diberikan sekurang-kurangnya 30 gambar (dalam salinan digital).
  11. Semua pemenang dan pencalonnya akan dihadiahkan 200 mata ganjaran dari Drypers Baby Club. Pemprosesan dan penghantaran mata ganjaran percuma ini akan mengambil masa selama satu bulan selepas tarikh penghantaran.
  12. Dengan menyertai peraduan ini, para pemenang bersetuju untuk membenarkan penganjur untuk menggunakan nama-nama dan gambar pemenang untuk tujuan publisiti dan promosi.
  13. Pihak penganjur berhak untuk mengganti sebarang hadiah dengan hadiah-hadiah yang lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
  14. Pihak Penganjur berhak untuk menggunakan mana-mana gambar yang diambil semasa majlis “baby shower” dan sesi fotografi bayi untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap pememang tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.
  15. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik atau ditukarkan dengan wang tunai dan mesti diterima seperti yang ditawarkan.
  16. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak penganjur. Keputusan para pengadil adalah muktamad. Sebarang perihal surat-menyurat tidak akan dilayan.
  17. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kelewatan bungkusan yang dihantarkan. Pihak penganjur berhak untuk menukar Terma dan Syarat tanpa sebarang notis.