Drypers Baby Care

Drypers Baby Care

Direka khusus untuk menjaga kulit si manja yang halus

Kulit si manja anda yang halus dan sensitif memerlukan penjagaan khusus. Kulit si manja adalah 20% hingga 30% lebih nipis dan boleh hilang lembapan lebih cepat berbanding orang dewasa. Kulit si manja juga lebih mudah mengalami iritasi. Kami telah memilih ekstrak Isirung Oat, yang dipercayai turun-temurun sebagai agen pelembap kulit asli di dalam kosmetik, dan merupakan bahan utama di dalam produk penjagaan bayi kami. Ia melembap dan menyamankan kulit si manja, menjadikannya lembut dan licin.

Daripada Baby Bath hinggalah ke Baby Wipes ...

Melembap dan menyamankan kulit si manja secara semulajadi

(220ml, 750ml)

Formula bebas tangisan ini lembut dan menjadikan rambut si manja sihat dan rapi. Ekstrak Isirung Oat melembapkan dan wangian lembut mesra yang sesuai untuk bayi menenangkan si manja. Belailah rambut si manja anda dan nikmati setiap detik indah bersamanya.

(220ml, 750ml)

Pertama, gunakan siku anda untuk memeriksa suhu air. Kemudian, cuci setiap bahagian tubuh si manja anda termasuklah di belakang telinga dengan lembut. Pastikan anda mencuci di bahagian pelipat kulit antara peha. Mandian bayi ini diperkaya dengan ekstrak Isirung Oat dan Provitamin B5, menjadikan kulit si manja sentiasa lembut dan lembap.

(220ml, 750ml)

Ini merupakan satu produk untuk mencuci semua bahagian tubuh si manja bermula daripada kepala hinggalah ke jari kaki. Diperkaya dengan ekstrak Isirung Oat, Provitamin B5 dan wangian lembut mesra yang sesuai untuk bayi, ianya merupakan produk bernilai hebat. Botol bersaiz 750ml boleh tahan sehingga 6 bulan*. Jangan lupa untuk berbual dengan si manja anda ketika memandikannya. Detik ini amatlah berharga.


*Berdasarkan kegunaan untuk si manja di bawah usia 6 bulan

(300gm, 500gm)

Diperkaya dengan ekstrak Isirung Oat dan Provitamin B5, ia menenang dan membelai kulit si manja agar nyaman dan selesa, terutamanya di dalam cuaca panas lembap kita. Pastikan anda membawanya bersama ketika anda dalam perjalanan. Nikmati detik istimewa bersama si manja bila anda menggunakan produk prihatin kami.

(40s,100s)

Si manja comot? Jangan risau.Tisu basah ini melakukan tugasan hebat untuk membersihkan kulit halus bayi tanpa mengeringkannya. Ini kerana kandungan ekstrak Isirung Oat di dalamnya merupakan pelembap semulajadi. Simpannya sepanjang masa di dalam Beg Bayi. Terdapat di dalam 2 saiz. Untuk kegunaan di rumah dan dibawa bersama ketika dalam perjalanan.

98% ibu-ibu yang telah mencuba Drypers Baby
Head to Toe akan membeli dan mengesyorkannya*

*Kajiselidik dijalankan oleh Home Tester Club antara 7/5/16 dan 8/6/16. Ahli Home Tester Club telah menerima dan mengunakan Drypers Baby Head to Toe.

Pandangan ibu-­ibu lain

“Drypers Baby Head to Toe melembapkan kulit bayi saya dan mengharumkan. Bayi saya sangat gembira semasa mandi. Yang penting ia tidak memedihkan mata bayi saya”


Ong, Ayer Tawar, Perak

“Bau yang sangat wangi serta kandungan yang sangat baik untuk kulit anak. Ianya mudah kerana boleh digunakan untuk seluruh badan termasuk rambut”


Nur Syazana, Pasir Gudang, Johor

“Tidak pedihkan mata bayi saya. Selain itu harumannya kekal lama walau selepas bayi saya aktif bermain. Lembut pada kulitnya, mudah dibilas”


Zulaika, Melaka

Petua Urutan Si Manja

Pilih masa antara waktu makan dan ketika si manja tidak begitu mengantuk.
Baringkan si manja dalam posisi menelentang.
Lembapkan tapak tangan anda dengan minyak bayi atau losyen.

Mulakan dengan mengurut kepala si manja menggunakan kedua belah tangan dan urut kulit kepala dengan pergerakan membulat secara lembut (elakkan bahagian ubun bayi yang lembut). Teruskan urutan ke dahi, pelipis dan telinga.

Letakkan ibu jari di antara kening si manja dan urut keluar. Lakukan urutan dengan gerakan berbentuk hati pada wajah si manja hingga ke dagu.

Kemudian, beralihlah pada bahu, dada dan perut si manja. (Elakkan mengurut perut si manja jika puntung tali pusat belum sembuh sepenuhnya). Teruskan mengurut dengan gerakan lembut pada seluruh kaki hinggalah ke jari kaki.

Tiarapkan si manja anda. Ulang urutan dengan pergerakan yang sama.

Tempat terbaik di Malaysia untuk maklumat terkini
bagi ibu bapa. Sertai sekarang Percuma!

Semakin ramai ibu bapa menikmati nilai hebat menjadi ahli Drypers Baby Club. Terdapat begitu banyak manfaat yang disediakan – nasihat, petua dan maklumat yang berkaitan dengan perjalanan keibubapaan anda, serta pelbagai hadiah bermakna menanti anda di Point Shop kami. Jadilah ahli hari ini.

Begini caranya untuk anda menikmatinya:

Hadiah Aluan*

Permulaan hebat untuk memulakan perjalanan keibubapaan bersama Drypers.

E-mel Peribadi

Dapatkan maklumat pakar tepat pada masanya, tip dan nasihat untuk si
manja anda, bersumberkan pengalaman mengikuti beratus ribu kelahiran.

Drypers Point Shop

Himpun Mata Ganjaran Drypers untuk mendaftar pek lampin dan menukarnya dengan hadiah bermakna
yang dipilih khas, berdasarkan prinsip perkembangan menerusi permainan.

Sampel Produk

Sampel produk percuma akan dihantar terus ke pintu anda.

Panduan Saiz Drypers

Aplikasi web percuma yang membantu anda memilih lampin sempurna untuk si manja anda.

Forum Drypers

Tempat yang hebat untuk bertemu dan berkongsi pengalaman bersama ibu-ibu lain.

Berita Eksklusif & Menarik

Kekal berinformasi dan jadilah yang pertama mengetahui tentang pelancaran, aktiviti dan promosi.